
Anonymous
3 tahun
Air Mani bercampur darah
Saya Ada mengeluarkan Air Mani saya semalam …saya dapati bercampur darah…n sebelum ni pernah jadi…macam harini saya mengeluarkan air Mani saya dapati bercampur darah then saya xmengeluarkan air Mani saya selama seminggu then saya try mengeluarkn air Mani saya dapati xde pun air Mani bercampur darah…adakah itu punca dari jangkitan??

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah dalam air mani boleh datang dari beberapa sumber yang berlainan:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Dari kenyataan anda di atas, anda digalakkan untuk merujuk kepada doktor agar punca kepada masalah anda dapat dikenal pasti. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Konsultasi anda dengan doktor kami adalah percuma sekiranya anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih