Sulit
4 tahun
Air mani keluar secara tidak perasaan
Hai…saya nak bertanya…saya berumur 18 dan saya telah melakukan hubungan sulit dengan girlfriend saya dan saya menjadi panik bile air mani keluar secara tiba tiba dari faraj girlfriend saya tapi semasa saya membuat hubungan sulit saya tak terasa yang saya terpancut dalam faraj girlfriend saya…boleh docter terang bagaimana ingin mengugur kan kandungan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab munasabah merupakan kesalahan undang-undang di Malaysia dan boleh disabitkan kesalahan sekiranya ditangkap.
Terdapat beberapa risiko pengguguran kandungan sekiranya dilakukan:
- Keguguran yang tidak sempurna (incomplete abortion) dan kemudiannya memerlukan pembersihan melalui pembedahan
- Pendarahan yang banyak
- Kehamilan akan terus berlaku sekiranya proses pengguguran gagal
- Risiko untuk mendapat jangkitan pada rahim
- Ketidakselesaan perut
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut. Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.

































