
29oppoa3s
5 tahun
Air putih jernih keluar dari faraj
Saya berumur 29 tahun dan belum berkahwin…sudah dua hari ni ada air jernih keluar seakan air kencing dari lubang faraj saya tetapi tiada bau dan ada sedikit lendir sehingga memaksa saya untuk memakai pad…apakah tandas ini ya doctor??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bakterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin
- Air kencing - kencing tidak lawas
Antara langkah yang anda boleh ambil bagi menangani masalah ini adalah dengan:
- Pemakaian krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.