Anonymous
4 tahun
Alat kelamin sakit dan keluar nanah
Saya 40thn,sakit smasa kencing, juga zakar keluar nanah.sudah 1 bln
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, tanda-tanda yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.