
Sulit
4 tahun
Ambil perancang keluarga sambil mengamalkan jamu tradisional
Selamat sejahtera. Saya wanita berumur 28 tahun dan sudah bersalin anak pertama pada 25/11/2020. Saya tidak lagi menyusu badan dan memulakan susu formula hal ini kerana saya merupakan wanita berkerjaya yang sangat sibuk dengan kerja. saya bercadang mengambil perancang keluarga seperti implan atau suntikan atau pil perancang. soalan saya, adakah saya boleh mengambil perancang keluarga diantara implan atau suntikan atau pil perancang sambil mengamalkan jamu tradisional yang bertujuan untuk mengembalikan atau memulihkan tenaga dalaman. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kaedah perancangan keluarga yang ingin diambil seperti suntikan, implan dan pil perancang. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis cara untuk merancang kehamilan, antaranya adalah dengan menggunakan pil perancang. Antara pil perancang yang biasa digunakan adalah :
- pil gabungan estrogen dan progesteron (COCP)
- pil progesteron sahaja setiap pil tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbeza.
Antara kesan sampingan pil gabungan estrogen dan progesteron adalah :
- pendarahan diantara kitaran haid
- naik berat badan
- perubahan emosi
- kesakitan payudara
- pening kepala
- loya
Antara kesan sampingan pil progesteron sahaja pula adalah :
- sakit dada
- demam
- batuk dan suara serak
- masalah saluran kencing
Sehingga kini belum ada kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan suntikan/implan/pil perancang jika diambil bersama jamu tradisional. Dikhuatiri kesan ubat tidak dapat berfungsi dengan baik didalam badan. Namun begitu, kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor anda sebelum memulakan pengambilan suntikan, implan atau pil perancang. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah ini. Terima kasih.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik