
Sulit
4 tahun
Anak 1 tahun 3 bulan demam
Anak sy baru shja demam sekitar sebulan yg lepas. Hari ni tiba2 anak sy muntah dan badanya terasa panas. Sy cek suhunya 38°c.(muntah dlm 3 kali lepas 2 badan terus pnas demam dan tiada cirit birit) apkah kbrngkalian punca anak sy demam kembali dlm jngka masa yg pendek?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Acute gastroenteritis
- Demam denggi
- Jangkitan otak
- Scarlet fever
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana bayi anda dan menurut catatan suhu yang anda berikan adalah tinggi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.