Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Anak batuk dan demam panas

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mac 11, 2020 2:41 AM

tyra_lott 25 hari

Anak saya 3 tahun mula batuk dan demam panas (suhu 38.5) hari ni. Kami ada history visit to the airport & travel to Terengganu by flight 13 hari yg lalu. Saya sudah buat penilaian risiko Covid-19 untuk anak saya dan risikonya adalah rendah.
Tetapi jika saya tetap ingin membuat saringan untuk Covid-19, adakah saya perlu terus ke hospital kerajaan?
Saya menetap di Seremban, saya sudah cari dan call tetapi tiada pihak swasta di Seremban yang boleh menjalankan ujian saringan tersebut. Bolehkan saya terus pergi ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk saringan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 25 hari
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu, selain COVID gejalademam dan batuk yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria / virus

  • Demam denggi

  • Allergic Rhinitis

  • Keradangan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Kembali kepada soalan anda, hospital kerajaan hanya akan melakukan ujian COVID-19 untuk pesakit yang berisiko tinggi. Namun begitu, kami ada menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.

Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anak anda cepat sembuh dan terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Mar 11 2020 02:41:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Jari tangan cepat kecut sejak kebelakangan Hi dr. Sy nk tanya berkenaan jari tangan sy cepat kecut walaupun hanya sekadar membasuh tangan ataupun mandi. Adakah ianya sesuatu yang perlu dirisaukan? Terima kasih… Baca lagi...
5 jam
Sulit
Sakit tekak 3 hari, tekak kering dan badan terasa lesu walaupun sudah minum air Saya wanita berusia 29 tahun, sebelum ini saya telah pergi ke klinik pada 26 Mar kerana batuk dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami gastrik dan acid reflux. Akan tetapi, selepas semin… Baca lagi...
5 jam
Sulit
Ubat Untuk Diabetes? Baru baru ini saya check tahap gula dalam darah saya pada tahap 16. Apakah ubat 6g sesuai utk saya dan blh ke saya beli ubat itu di farmasa shj? Baca lagi...
5 jam
aenajohan05
Sakit belakang lutut (Bahagian pelipat) Hi, mak saya berusia 52 tahun mengalami sakit lutut yang berlarutan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila dia terjatuh akibat daripada lantai yang licin bekas tumpahan air di lantai rumah. Dia merasaka… Baca lagi...
8 jam
Sulit
The skin in between my eyes and eyebrows are flaking, dry and itchy. Which eyedrop and medicine to buy? I’m a 23 years old lady. Three weeks ago the skin above my eyelids became very dry, red and itchy. I was given zyrtec and calazin ointment. It got better for a few days and now its back to being… Baca lagi...
8 jam
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy