Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Anak demam hari ketiga sama ada sebab sakit telinga ataupun sebab lain

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 19, 2021 9:48 AM

Sulit 3 bulan

Hai doktor. Rabu baru ni saya ada bawa anak ke klinik utk sakit telinga. Doktor disitu diagnos anak dengan otitis media, dan ianya recurrent. Dan anak tidak alami gejala demam batuk atau selesema. Aktif. Tapi esok nya pada khamis, anak start demam selepas saya balik dari kerja malam. Untuk makluman doktor saya bekerja sebagai staff nurse dan menjaga pesakit ventilated covid dengan full ppe . Hari ni sudah masuk hari ketiga anak saya demam. Spike 39’C. Jadi saya keliru sama ada anak saya demam sebab sakit telinga atau sebab lain. Harap doktor membantu

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah demam sejak 3 hari yang lalu dan anda ingin mengetahui sama ada demam ini berpunca daripada sakit telinga ataupun sebab lain. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.

Secara umumnya masalah yang berlaku ini adalah disebabkan :

  • Terlalu aktif dan kurang berehat
  • Kepenatan
  • Kurang pengambilan makanan yang berkhasiat
  • Kurang minum air

Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:

  • Tuberkulosis atau tibi
  • Jangkitan paru-paru (pneumonia)
  • Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
  • Jangkitan kuman atau virus
  • Masalah telinga

Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan mengenal pasti masalah yang berlaku sama ada ia berpunca daripada masalah sakit telinga ataupun sebab lain .

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sat Jun 19 2021 09:48:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19