
jclyana
5 tahun
Anak sakit perut memanjang
Anak saya berumur 6 tahun.Dia mengadu sakit perut sejak 4 hari yang lalu.
Mulanya dia mengadu sakit perut sehaja,tidak muntah dan cirit birit.Hari ke2 anak tetap mengadu sakit perut,saya hanya mengosokkan anak minyak angin,dan anak hanya kentut sedikit sehaja dan susah kentut.pada malam ke2 tu dia hanya muntah sedikit 2x dan husban terus membawanya ke klinik berdekatan,dokter hanya mengatakan kemungkinan anak saya mengalami keracunan makanan sehaja.Dan memberi penadol dan serbuk untuk bancuhan air garam tersebut.
Anak tetap mengadu sakit perut.Keesokan harinya hari ke3 anak membuang air besar tetapi hanya sekali sehaja,dan ank memberitahu najisnya lembut,dan warna coklat,saya tidak pasti perkara ini sebab tiada yang temankan anak ketika dia berada dalam tandas.
Hari ini yang ke4 anak masih tetap mengadu sakit perut.
Bila dipukul sedikit perutnya kedengaran ada sedikit angin,perut tidak kelihatan besar dan kembung,setiap selang sejam atau 2 jam anak akan mengadu kesakitan dan sukar tidor malam,saya hanya mengosok dan mengurut menggunakan minyak yuyi (minyak angin) baru anak kurang sedikit mengadu sakit tetapi masih sakit katanya.Kadang-kadang saya melihat anak rasa rilek sedikit dan boleh senyum dan ketawa tetapi tidak lama.
Saya tidak faham dan tidak tahu apakah ini sakit perit biasa atau bahaya.
Saya berharap dokter dapat membantu saya.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut pada kanak-kanak berusia 6 tahun boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Acute gastroenteritis seperti food poisoning - sebab yang paling sering pada kanak-kanak
- Sembelit
- Jangkitan saluran kencing
- Lactose intolerance
Namun keterangan yang anda berikan disini masih kurang jelas, seperti posisi sakit perut, status demam, pemakanan dan sebagainya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.