
evadanish29
5 tahun
Anak tak demam tapi kerap selesma
Salam docter, anak saya 4thn dia sangat kerap selesma hampir setiap malam dia selesma, tapi bila waktu siang tak ada pulak selesma, bila dah start malam dan nak tidur dalam keadaan sejuk mesti hidung akan sumbat dan sukar utk bernafas,kesian dengan keadaan dia tidur selalu terganggu, apakah ada obat atau petua utk anak saya dokter… Trimakasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anak tuan/puan tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan/puan , masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring
- reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan
- faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.