Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya wanita 20an dan obese. Saya selalu mrngalami angin dalam badan dan kembung perut. Selepas solat subuh, saya berterusan sendawa dan sakit perut sehingga jam 12.30pm dan saya tertidur. Selepas bangun dari tidur, saya rasa sukar bernafas dan tidak selesa untuk bernafas. Saya perlu menarik nafas panjang dan dalam untuk bernafas. Saya juga berasa tidak selesa di bahagian tekak dan dada. Adakah ini normal selepas mengalami sendawa dan angin ?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Merujuk kepada gejala sakit perut berangin dan kesukaran bernafas, kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.