
Sulit
4 tahun
Apa ubat yang sesuai untuk mengurangkan kesan penyakit PCOS
Sy wanita berumur 19 tahun sy belum berkahwin. Sy tidak datang haid dari umur 15 tahun dan tidak berani memberitahu ibu bapa sy tentang perkara ini. Sy mencari tahu penyakit ini di internet dan ternyata sy menghidapi PCOS. Dalam kajian sy di internet tiada ubat untuk merawatnya tpi ada cara untuk mengurangkan kesan penyakit ini. Betul kah penggunaan ubat Metformin dan ubat pencegahan kehamilan selamat di gunakan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebelum memulakan apa-apa rawatan pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan untuk memastikan anda menghidapi PCOS. Ujian darah dan ultrasound perlu dilakukan untuk mendapatkan diagnosis.
Saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan dan minta pendapat daripada doktor. Bincangkan tentang langkah yang tebaik untuk anda. Jika perlu, doktor di klinik anda boleh memberikan surat rujukan untuk anda ke doktor pakar.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!