Mei Lin
5 tahun
Apakah simptom migrain
doktor. boleh saya tahu simptom migrain?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Migrain adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan masyarakat. Ia adalah penyakit yang kompleks yang disifatkan dengan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja. Ia seringkali juga mempunyai symptom lain yang melibatkan pemandangan, pendegaran dan deria rasa kita.
Terdapat empat fasa migrain:
- Prodrome: Mudah marah, mengantuk, masalah konsentrasi, penat, kekejangan otot, mual, sukar untuk tidur, sering membuang air kecil
- Aura: Masalah penglihatan(cahaya yang berkedip, bintik-bintik, garis melengkung yang melintas), kehilangan penglihatan sementara, rasa semut-semut di badan
- Serangan migrain:Sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, insomnia, sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
- Postdrome: Kesukaran untuk konsetrasi, letih, kekurangan pemahaman
Sekiranya anda mengalami symptom-simptom di atas, anda mungkin mengalami penyait migraine.
Migrain mungkin berlaku kerana ada factor pencetusnya. Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain. Anda patut berjumpa dengan doctor anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.
Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.
Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.
Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda sekiranya anda sering mengalami migrain atau apabila migrain anda tidak terkawal dengan ubat tahan sakit seperti Panadol.