bearfik
4 tahun
Apakah tanda kolestrol tinggi
Sy lelaki dan berumur 32thn… Baru2 ni saya ada buat ujian darah dan ini keputusan nya
Total cholestrol 3.79
Triglyceride 1.22
HDL cholestrol 0.91
LDL cholestrol 2.33
Total cholestrol/HDL 4.16
Non-HDL cholestrol 2.88
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batas kolesterol normal adalah seperti berikut:
Total cholesterol : 3.0-6.4
HDL Cholesterol : 0.9-1.50
LDL Cholesterol : 2.3-4.4
Triglyceride : 0.7-1.5
Melihat kepada hasil anda, boleh dikatakan masih dalam batas normal. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.