princessumi127
4 tahun
Baby 11 bulan demam panas
Anak saya tiba tiba demam panas kemudian selepas 2 hari timbul bintik merah kecil di peha,kaki. Dia kurang susu,tak aktif pada mulanya kemudian bertambah ok cuma badan masih panas suhu badan 38’ di ketiak. Kenapa timbul bintik merah tu ya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Demam panas merupakan cara badan membasmi jangkitan virus atau bakteria. Dengan suhu yang tinggi pada badan, ia membantu membasmi jangkitan. Namun, ia menyebabkan anak-anak meragam kerana tidak rasa selesa. Jika anak anda aktif dan tiada perubahan pada pemakanan, ia tidak perlu dirisaukan. Suhu anak anda menunjukkan ia adalah demam biasa dan tidak terlalu tinggi. Ia mungkin menunjukkan ruam panas di mana kulit menjadi sangat gatal.
Ia biasa berlaku dalam suasana yang panas dan lembap, khususnya apabila memakai pakaian yang tebal. Kanak-kanak berumur di bawah empat tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatnya. Ia biasanya kelihatan seperti bintik-bintik kecil dikelilingi oleh kawasan kulit yang merah. Ia kerap berlaku pada bahagian yang tertutup dengan pakaian seperti bahagian ketiak, leher dan kemaluan. Kebiasaannya, ia akan pulih tanpa rawatan. Namun, ruam boleh dijangkiti oleh jangkitan bakteria atau kulat jika kebersihan tidak terjaga.
Dalam situasi anak anda, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor semula jika masih demam atau suhu badan meningkat dengan lebih tinggi lagi.
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anak anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan…Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.