Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Baby buang air besar kerap

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 29, 2020 9:40 AM

Sulit 41 hari

Hi doctor,
Baby saya umur 4 bulan kerap buang air besar pada hari ini. Mula berlaku pada hari ini. Dia mula buang air besar pada jam 2.30am pagi tadi sehingga jam 5.00pm ptg ni sudah 4 kali. Adakah ini normal doctor?

Condition baby adalah aktif. Minum susu juga kerap spt biasa. Baby saya full FM.

Harap doctor dpt membantu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 41 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Secara amnya, bayi di sekitar umur anak anda membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam beberapa hari. Sekiranya tahi anak anda lembut dan bukannya air (cirit-birit), ianya mungkin normal.

Memandangkan masalah ini baru berlaku hari ini dan anak anda masih aktif dan mahu menyusu, saya sarankan untuk anda awasi dahulu gejala anak anda. Akan tetapi sekiranya masalah ini berlarutan, dia mengalami cirit birit, dihidrasi (bibir kering, mata cengkung, tidak mahu minum), pembesaran terbantut, anda disarankan untuk berjumpa doktor.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 29 2020 09:40:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Badan anak panas tapi x demam usia anak 4tahun.suhu 36.7 tapi badan panas.berlanjutan agak lama.mohon pencerahan Baca lagi...
13 hari
Sulit
Bayi 6 bulan berak cair dah seminggu Anak saya dah seminggu berak cair lebih kurang 5@6 kali dalam 24 jam. Dah g jumpa doktor kt klinik tp masih tiada perubahan…anak tetap aktif seperti biasa cuma bila lepas minum susu dia akan be… Baca lagi...
31 hari
Sulit
Anak umur 4 tahun selalu jatuh Doktor, saya ada anak berumur 4 tahun yang kerap jatuh, contohnya walau cuma berjalan dia akan jatuh apatah lagi kalau dia berlari. Seingat saya dah dua kali dia langgar dinding rumah. Perlu ke … Baca lagi...
25 hari
Sulit
Mencari susu tambahan untuk anak 9y yang kurang berat badan Anak perempuan saya berumur 9tahun, berat hanya 15kg. Memang dari kecik kurang berat badan. Bolehkah saya beri dia minum susu nutren junior atau weight gain kids disamping cuba menambah pengamb… Baca lagi...
52 hari
nuramalina2509
Bayi terminum air mandian Hi doctors, petang tadi saya mandikan bayi saya yg berumur 1 bulan. Secara tak sengaja air masuk ke dalam mulut bayi semasa saya membasuh muka dia & dia terminum air mandian tersebut. Adakah bahaya? H… Baca lagi...
54 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi