
acekid00000
5 tahun
Bacaan blood pressure
Saya berumur 21 tahun. Bacaan sys 101mmHg, bacaan DIA 60 mmHg dan pulse 76. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, bacaan tekanan darah serta denyutan jantung anda adalah normal.
Untuk makluman anda, bacaan normal bagi tekanan darah adalah kurang dari 120 mmHg sistolik serta kurang dari 80 mmHg diastolik. Manakala tekana darah rendah adalah apabila bacaan bacaan kurang daripada 90/60 mmHg. Bacaan normal bagi nadi adalah 60-100 beat dalam seminit.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.