Sulit
3 tahun
Bacaan BSP pagi 11.7
Hi doctor, saya nak tanya, sekarang ni saya 6weeks pregnancy dan saya ada gdm. Bacaan bsp saya waktu pagi is 11.7 after 1hour meal breakfast is 16.7. Panel klinik saya bagi surat refer ke hospital untuk tindakan selanjutnya dah saya pun sudah pergi but hospital bagi appointment 3 minggu untuk datang balik sebab mereka tak accept walk in. In this case, akan ada apa apa masalah ke doctor kalau saya nak tunggu sehingga ke 3 minggu lagi untuk datang appointment?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, tidak ada apa-apa masalah pada kandungan sekiranya anda mengamalkan nasihat yang telah diberikan kepada doktor. Namun begitu, anda perlu menjaga pemakanan dan kandungan gula di dalam darah anda kerana penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah kepada ibu atau anak yang sedang dikandung.
Ini hanyalah keterangan am kami berkenaan kenyataan anda. Kami sarankan anda untuk menghubungi doktor yang merawat anda dan berbincang mengenai situasi anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini walaupun masih terdapat masa untuk sampai ke tarikh temu janji:
- Demam
- Sakit perut
- Pendarahan dari faraj
- Kencing sakit
Sekiranya anda masih ada keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang anda alami.