hamidahzahran
6 tahun
Bacaan gula dalam darah
Saya wanita berumur hampir 60 tahun. Bacaan gula dalam darah terakhir adalah 6.1 di klinik kesihatan daerah saya. Sebelum ini bacaannya adalah antara 4.9-5.9 (fasting).
Saya memantau sendiri dgn menguji menggunakan glucometer sendiri. Bacaannya adalah dlm lingkungan 5.4 - 5.9
Apakah saya menghadapi risiko mendapat kencing manis?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca, risiko dan rawatan kencing manis, sila rujuk kepada doktor secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




























