Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Badan berbau dan cara untuk mengatasinya

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 18, 2019 7:39 AM

fzahsidek 3 bulan

Saya wanita berusia awal 20-an dan mengalami masalah badan berbau. Ianya tidak lah kerap tetapi kadang-kadang ianya berbau sehingga saya rasa tidak selesa. Setiap kali mandi saya akan menyental badan saya dengan loofah dan selepas itu menyembur minyak wangi. Tetapi tetap berbau. Walaupun ianya tidak sampai ke tahap yang teruk, saya masih lagi rasa tidak selesa. Apa yang perlu saya buat doktor?

Dr Ramzdhan 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kemungkinan anda mempunyai masalah badan berbau disebabkan kuat berpeluh.Kami akan cuba terangkan sebab sebab terjadinya masalah kuat berpeluh.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.

A) Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis”

“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak.

B) Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis

Jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat.

Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:

  • Antiperspiran : Deodoran tidak menghentikan peluh, tetapi semburan antiperspiran boleh membantu. Sesetengah antiperspirator preskripsi termasuk aluminium klorida boleh menjejaskan kelenjar peluh.
  • Iontoforesis : Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
  • Ubat antikolinergik : Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
  • Botox : Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
  • Pembedahan : pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
  • Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.

Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jun 18 2019 07:39:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah kuat berpeluh di badan saya wanita berumur 17tahun. saya telah berjumpa dengan doktor tentang masalah berpeluh saya dan doktor itu cuma mencadangkan saya untuk menurunkan berat badan. saya cuba namun ia memakan masa t… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Tapak tangan berpeluh saya berusia 21 tahun nak tanya kenapa tapak tangan dan kaki cepat berpeluh dan ianya menyukarkan saya membuat kerja adakah normal Baca lagi...
12 bulan
atieqahsyaidatul80
Masalah tangan sering berpeluh Dr,saya mempunyai masalah kesihatan tentang tapak tangan dan kaki sering berpeluh .saya hendak Salam orang sekeliling akan rasa segan silu dan malu.bagaimanakah saya hendak hindari masalah itu ? Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Peluh melampau 1 badan, 4 tahun dah lepas buat operation potong saraf Slm sjhtra dr. Sy ada masalah peluh yg teruk 1 badan. Yg tak peluh hanya bahu ngan tapak tgn je. yg lain mmg banjir kaw2. Tak boleh panas langsung, mesti peluh kaw2. Benda ni jadi lepas operate … Baca lagi...
7 bulan
azmie8686
Tapak tangan berpeluh (Hyperhidrosis) Slm doc… saya lelaki berumur 33 tahun… masalah saya adalah kerap berpeluh di bahagian tapak tangan dan juga bahagian kaki… masalah yg saya alami ini sejak dari saya sekolah rendah dan semakin teruk ap… Baca lagi...
9 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15