
Sulit
4 tahun
Badan rasa melayang dan mual
saya lelaki sudah beristeri berumur 28 tahun. Semalam sewaktu saya baring saya rasa kepada berpusing, dan hari ini, saya rasa badan sidak sedap dan mual. Kenapa ya? saya pun tidak tahu apa punca…nak kata demam bukan demam, tpi badan lemah sikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pening ketika berbaring dan juga rasa keletihan dan mual. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda di atas:
- Dihidrasi.
- Keracunan makanan
- Gastrik ataupun refluks asid dalam perut
- Tekanan darah tinggi
- Kurang oksigen dalam badan. Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan perkara ini seperti Anemia (Kurang oksigen dalam sel darah merah)
- Terlalu melakukan senaman aktif atau terlalu kurang aktif. Senaman haruslah seimbang untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat
- Kurang tidur atau stress dan kegelisahan
- Tabiat pemakanan yang kurang sihat.
- Jangkitan kuman pada fasa awal
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mencuba yang berikut untuk mengurangkan simptom anda dengan:
- Perbetulkan waktu makan dan makan makanan yang sihat
- Lakukan aktiviti senaman yang sihat
- Minum banyak air
- Elakkan makanan mengandungi garam yang tinggi dan juga diproses.
- Cukupkan rehat dan tidur
Sekiranya perkara ini berlanjutan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala