Sulit
2 tahun
Badan terasa panassejuk dimalam hari, tapi xdemam
Isteri mengandung 7 bulan, dia ad sakit alahan penat…dia teringin nk mkn buah pulasan… Walaupon buah pulasan tu kalau dia mkn dia boleh jadi penat… Dia tetap mkn jgk untuk hilangkn rasa ngidam dia tu tadi… Selepas dari itu bila malm hari je badan dia terasa panas sejuk panas sejuk…tapi dia x demam, bila dia rasa badan dia panas sangt, badan dia akn mula berpeluh. Lingkungan jam 3 pagi mcm tu… Sakit ni baruperasan dh dua hari ni
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami isteri anda mengalami gejala ketidakselesaan badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala badan panas tanpa peningkatan suhu atau demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya:
- Seseorang yang mengalami gangguan emosi seperti sedang tertekan atau cemas
- Kesan sampingan ubat-ubatan atau herba tertentu
- Masalah kalenjar tiroid yang terlalu aktif
Masalah kesihatan seperti tiroid yang menyebabkan gejala ini adalah sesuatu yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor dengan lebih lanjut. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh multiple sclerosis dan fibromyalgia.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall