
Sulit
2 tahun
Bahagian punggung sakit
Saya perempuan 23 tahun .saya mengalami sakit di bhagian punggung apabila hendak duduk . Sy brktja shift . Tapi kesakitan yang saya alami ni bila terlalu berdiri banyak jalan sana sebab kerja … sy alami sakit ni baru sebulan lepas ni dh dua bulan … sy dh pergi urut .tpi hilang sekejap je lepas sakit balik . Tapi ramai perasan peha sy kiri besar sikit tapi x bengkak .xde tanda apa apa pon .tapi bila tekan akan terasa sakit .doktor boleh terang kan apa sakit sya ni .dan bagaiamana untuk sy pulih kn kesakitan ayang sy alamai ni .t.kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.