Sulit
4 tahun
Bahagian testis gatal2
Bahagian testis sya gatal…saya beli ubat di farmasi pun masih gatal2 jugak…sampai saya x boleh nk tido sebab gatal…bila dia kering akan sakit pulak…tempat yg gatal 2 jadi mcm luka2…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan anda berasa gatal pada bahagian testis dan kemaluan:
- Penjagaan bahagian kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang kulit (dermatitis)
- Jangkitan kulit (bakteria, kulat, virus)
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami memerlukan lebih banyak maklumat mengapa anda mendapat gejala sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Buat masa ini anda boleh lakukan perkara berikut:
- Sentiasa menukar pakaian dalam setiap kali pulang dan berpeluh
- Membasuh kawasan tersebut dengan bersih
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

































