
Sulit
5 tahun
Bapa saya hendak pergi monthly check up di Klinik kesihatan. Adakah mereka peru keluar buat masa sekarang memandangkan situasi COVID makin meruncing dan bapa tidak mempunyai demam dan selsema
Kami sudah meminta bapa untuk tidak keluar, tetapi beliau insist kerana telah membuat oanggilan telifon ke Klinik Kesihatan Presint 9, dan klinik mengatakan bahawa iperasi seperti biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya bapa anda mempunyai penyakit kronik, dia boleh ke klinik untuk temu janji ke doktor. Hal ini kerana doktor perlu membuat pemeriksaan untuk memantau kesihatan ayah anda dan berikan bekalan ubat beliau, jika ada. Dia cuma perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan dan turuti panduan yang diberi. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini