Sulit
2 tahun
Batang penis bengkak
Pada beberapa hari yang lalu, saya terasa batang penis saya membegkak dan setelah itu badan saya terasa tidak sedap dan demam. Selepas saya pergi ke klinik, saya hanya memberitahu masalah demam sahaja. Setelah sihat demam, saya memeriksa zakar saya masih membengkak, apakah punca perkara ini terjadi? Adakah penis saya patah atau bagaimana? Kalau membuang air kecil tidak berasa sakit, cuma sekitar kepala zakar membengkak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan zakar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, virus HPV
- Kista (cyst)
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.