
Sulit
3 tahun
Batang sye tidak naik
assalamualaikum dr sye nak tnye knpe penis sye xnaik pegang pon xnaik jugak dan mcm mne nak rawat die

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah ereksi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ereksi boleh berpunca daripada salah-satu perkara yang berikut :
- Umur melebihi 50 tahun
- Mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit jantung, kadar kolesterol tinggi atau hipertensi
- Merokok
- Berat badan yang dikategorikan sebagai obese
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Kemurungan
- Keresahan
- Gangguan tekanan
Kami tidak dapat memberikan anda nasihat mengenai masalah ereksi anda tanpa mengetahui puncanya. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah