Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batang zakar bahagian pink jd gatal 24 jam dan garu kuat2 keluar nanah

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 16, 2022 7:51 AM

Sulit 46 hari

Doktor,batang zakar saya sekeliling jd gatal 24 jam sampai saya garu kuat2 habis keluar kulit terhakis smpai nmpak lapisan isi merah dan nanah keluar sekali…gatal tak hilang2 walaupun pakai krim miconazole…dan skrf ia mcm merebak ke arah dalam saluran kencing…rasa saya ini punca kutu air yg telah merebak pada bahagian zakar…kepala zakar masih selamat tak kena gatal…hanya batang kulit selain kepala zakar gatal kuat miang sangat 24 jam…

Jadi doktor,saya kena buat apa ya? Nak minta ubat apa di farmasi? Sebab gatal sangat2 smpai kena garu ia akan pecah kulit dan pedih sangat3 diikuti nanah juga keluar…habis seluruh zakar saya jd nanah kering dan kulit makin lama makin menipis…

Dr Sri Viknarajan 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
  • seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
  • contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
  • candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
  • flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Untuk pengetahuan anda,anda tidak sewajarnya menggaru kemaluan walaupun berasa gatal.Hal ini boleh menyebabkan kecederaan pada zakar dan mengundang risiko infeksi yang tinggi.Antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ini adalah:

  • Mengelakkan memakai seluar yang ketat
  • Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
  • Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
  • Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon May 16 2022 07:51:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang kesihatan lelaki secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80