fkbkb2018
4 tahun
Batuk berdarah (darah berwarna merah cair bercampur lendir)
Saya wanita berumur 56 tahun dan baru 2 minggu pulang dari menunaikan umrah.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
Jangkitan paru-paru
Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
Jangkitan pada paru-paru
Masalah darah cair
Jangkitan tuberculosis
Oleh sebab anda baharu pulang daripada luar negara , anda telah pun mempunyai salah satu faktor risiko yang harus disiasat.Oleh itu anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih