Sulit
2 tahun
Batuk berkahak bermula 2/3 hari yang lepas
Saya wanita dan saya start batuk 2/3 hari yang lepas…suami saya sekarang on off demam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan pada sistem pernafasan, boleh dijangkiti oleh covid, kuman atau virus lain. Selain daripada jangkitan, ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti asma, alahan, penyakit asid refluks (GERD), penyakit tekak, masalah jantung dan lain.
Sekiranya anda bimbang bahawa anda atau suami anda dijangkiti oleh covid, anda boleh ambil ujian covid di mana-mana klinik kesihatan, klinik swasta atau dengan ujian covid kendiri dahulu. Anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan dengan talian CPRC di 0388810200/+60178429454 untuk dapatkan arahan terkini.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.
Klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri.