Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk berpanjangan dan kahak yang kadangkala sukar untuk dikeluarkan

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 23, 2020 3:22 AM

Sulit 28 hari

hello doktor, saya berusia 24 tahun, saya mengalami batuk yang berpanjangan sejak bulan march 2020,kahak bewarna putih,tekak selalu berasa gatal, mndapatkan rawatan pun sudah di GH dan klinik klinik kecil swasta,tapi masih tiada perubahan, saya akan mengalami kekerapan batuk pada waktu pagi, semasa baring sebelum tidur , dan semasa berpeluh…adakah masalah yang saya alami ini mempunyai simptom2 penyakit kronik??

Dr Sri Viknarajan 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami tentang masalah anda yang menghadapi batuk berpanjangan dan kahak yang susah keluar. Walaupun anda sudah mendapatkan rawatan di klinik, masalah batuk masih tidak pulih. Hal ini pasti merunsingkan anda dan kami di sini akan memberikan sepenuh sokongan kepada anda.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:

  • Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
  • Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
  • Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
  • Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
  • Kanser merebak ke paru paru

Sekiranya anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan sekali lagi bagi membincangkan kondisi anda.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 03:22:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang batuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Batuk dan berhingus tengah malam dan awal pagi Saya wanita berusia 33 tahun. Selalu mengalami batuk dan berhingus tengah malam dan awal pagi.menggunakan ubat sembur hidung. Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Batuk dan sakit tekak berlarutan Saya wanita 30an mengalami sakit tekak dan batuk yang berlarutan. Saya sudah mendapatkan rawatan di klinik namun ubat habis dimakan tapi sakit tekak masih ada. Saya mengalami kesukaran untuk tid… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Batuk berterusan dan ujian darah Hi Dr, saya telah melakukan hubungan intim sebelum ni dan selepas seminggu daripada itu saya telah dijangkiti kuman Gonorrhea dan telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, saya juga telah… Baca lagi...
56 hari
Sulit
Batuk berpanjangan dan kahak yang kadangkala sukar untuk dikeluarkan hello doktor, saya berusia 24 tahun, saya mengalami batuk yang berpanjangan sejak bulan march 2020,kahak bewarna putih,tekak selalu berasa gatal, mndapatkan rawatan pun sudah di GH dan klinik kl… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Batuk tidak ada sakit tekak saya wanita berumur 24 tahun dan mengalami batuk. tiada gejala lain seperti demam,selsema,pening,sakit tekak,batuk berdarah atau sesak nafas hingga tercungap-cungap. suhu badan juga 36.8-37.0 da… Baca lagi...
38 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!