Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan kadang tiada berhenti apabila ada cecair di kerongkong yg bukan kahak dia akan mengalami batuk yg tidak berhenti
saya wanita berumur 48 tahun mengalami batuk teruk yg kadang2 susah untuk berhenti. sya telah pergi kedoktor dan memberi bermacam ubat untuk batuk tersebut tetapi masih tiada perubahan. batuk ini akan terjadi jika ada makanan atau cecair yg berada ditekak. saya akan mengalami batuk yg tiada kahak. kadang2 menyebabkan penat… harap dapat membantu. terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Jangkitan saluran udara oleh virus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.