Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan lebih dari 3 tahun. Tiada kahak (sangat jarang untuk ada kahak)
Hai dr… Saya dah batuk mungkin nak masuk 4 tahun kot… Tapi saya tak tahu punca sebenar dia. My mom cakap saya batuk sbb resdung. Kadang kadang saya batuk teruk sampai muntah… Saya pernah muntah 2 minggu straight sbb batuk kuat sangat sampai berat badan saya turun ngan mendadak. Selalunya saya batuk biasa biasa je tapi dia kadang kadang akan jadi teruk sampai dada sakit dan tulang belakang saya sakit. Saya makan ubat batuk pon takde perubahan pape. Hidung saya selalu tersumbat terutama waktu malam. Batuk saya pernah stop kejap dalam sebulan mcm tu pastu dia datang balik. Tapi saya perasan kalau saya kurang makan batuk saya pon berkurang. Sbb masa batuk saya stop kejap tu saya tak berapa nak makan sangat. Satu lagi kan dr saya perasan kerongkong saya ada biji biji merah gitu… Mungkin ke sbb dari batuk saya? Berdasarkan pengalaman Dr, saya sebenarnya kenapa ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Pedih ulu hati
- Radang sinus atau sinusitis
- Reaksi alahan
- Bronkiektasis
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring atau laring (pharyngitis atau laryngitis)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan berdasarkan diagnosis.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala tersebut:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Batuk berkahak
- Aktiviti harian terganggu
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah anda daripada doktor kami. Terima kasih.