Sulit
2 tahun
Batuk biasa-biasa dan kahak berdarah
Hi. Saya wanita berusia 21 tahun. Pada umur 16 tahun saya pernah disyaki suspect tibi kerana pada masa tu saya demam & batuk2. Abg saya pernah kena tibi. Then start drpd tu batuk saya tak pernah berhenti. Awal tahun 2021 saya pernah disahkan kena jangkitan kuman pada paru2 kerana saya pernah batuk kuat, sakit dada & kahak berdarah. Dan selepas itu saya kurang batuk. Dan baru2 ini saya ada keluar kahak berdarah & batuk still biasa2 je. Mcm mana ye ni doc?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.