
Sulit
2 tahun
Batuk dah 6 hari tak kurang2
Saya wanita 25tahun. Saya ada sakit tekak 2 mggu lepas. Batuk start 6 hari lepas dengan selsema dan demam. Tapi selsema dan demam dah baik. Batuk je masih tak kurang. Kadang2 batuk sampai tekak rasa perit. Ubat batuk dah habis. Tggl antibiotics je.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda masih batuk sekarang kerana jangkitan kuman masih ada di saluran pernafasan anda. Anda boleh merujuk doktor atau membeli ubat batuk yang sama di farmasi berdekatan untuk melegakan batuk anda.
Oleh kerana sekarang kita menghadapi masalah wabak COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh mengambil langkah-langkah ini untuk mengurangkan batuk anda:
- Berhenti merokok
- Mengambil minuman suam
- Minum banyak air
- Minum jus lemon dan madu
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.