Sulit
3 tahun
Batuk dan berhingus semasa dan selepas makan?
Saya wanita berumur 22tahun dan tak menghisap rokok pon… Saya sentiasa batuk kahak dan berhingus semasa atau selepas makan. Tekak saya jugak terasa macam ade kahak yang tersumbat taknak keluar. Macam mana nak buat ye…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang batuk dan kahak.
Untuk makluman anda, keadaan sebegini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- Masalah alergik yang serius
- Post nasal drip
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Antara rawatan bagi menghilangkan kahak adalah:
- Minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak
- Rawatan tradisional dengan Kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air boleh membantu menghilangkan lendiran pada tekak ini- petua ini haruslah diamalkan tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur dan bukan sekadar sehari sahaja. Apabila menjadi amalan setiap hari, barulah kahak yang tersekat di tekak tersebut dapat dicairkan dan dikeluarkan dengan lebih mudah.
- Sekiranya masalah kahak ini wujud disebabkan oleh sebarang alergi, maka untuk merawatnya kita harus mencari punca berlakunya alergi tersebut dan memastikan kita tidak lagi terdedah kepada punca tersebut.
- Ubat-ubatan- anti histamine’ atau ‘steroids’. Namun anda harus mendapatkan nasihat dan preskripsi dari dontor untuk mendapatkan ubat ini.
Sekiranya masalah kahak yang anda alami berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan susulan.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.