Sulit
5 tahun
Batuk dan gatal saluran tekak yang berpanjangan
Doktor,
Saya berusia 40 tahun. Saya mengalami batuk dan gatal di saluran tekak sudah lebih dari minggu. Sblm ini saya mengalami demam dan batuk. Doctor telah memberi ubat demam batuk dan antibiotik.demam hanya 1 hari sahaja dan sudah sembuh.MAsalahnya batuk saya dahulu berkahak, sekrg hanya jadi batuk kering dan gatal.doktor telah beri bermacam ubat tapi tidak baik juga.Saya tidak rasa sesak nafas, cirit atau sebaliknya cuma tidak selesa sebab batuk kering dan gatal.Bila ambil strepsils ada kurang tapi masih batuk kadang2 dan gatal.tekak tidak peritpun. Untuk makluman doc saya ada amalkan supliment probiotik dan ubat gastrik maalox. Saya juga adalah pesakit gatsrik dan AD.
Mohon pandangan doktor…adakah saya perlu ke Hospita Kerajaan untuk buat ujian saringan covid atau untuk pemeriksaaan selanjutnya kerana batuk yang berlanjutan ini amat merisaukan saya.Saya tiada contact covid atau sejarah ke luar negara. Hanya duduk di rumah spnjg PKP ini. Mohon bantuan doktor.
Terima kasih.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari negara yang terjejas teruk dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































