
Anonymous
2 tahun
Batuk dan nafas crackle
Hi sy wanita berumur 29 tahun. Sy mengalami nafas berbunyi “crackle” di bahagian atas paru2 kiri saya. Bila sy bernafas bahagian tersebut akan vibrate. Semua berlaku selepas saya mengalami demam selsema. Pada siang hari keadaan tak teruk. Cuma pada waktu malam lebih ketara. Saya tidak mengalami sesak nafas. Tapi jika nafas ditarik secara dalam rasa seperti tekanan di dada.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bunyi crackle apabila menarik nafas biasanya disebabkan oleh lendir berlebihan di dalam paru-paru. Keadaan ini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan saluran pernafasan
- Radang paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!