
Sulit
5 tahun
Batuk dan nafas pendek
saya wanita berusia 26 tahun… pada 22/3 saya demam batuk dan sesak nafas. Jadi pada 24/3 saya telah ke klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan, jadi saya telah terima surat kuarintin selama 14hari kerana officemate saya disahkan positif covid. Ujian swab test telah dibuat dan result saya adalah negatif… tetapi sekarang saya masih batuk, sakit dada dan batuk saya tak lepas…saya mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam kerana dada saya seperti sempit dan bernafas pendek… perlu bernafas melalui mulut… jadi apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk maklumat anda, masalah anda boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Memandangkan anda sudah membuat ujian COVID-19 dan keputusan menunjukkan negatif, buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.