
zawanaruslan
4 tahun
Batuk kahak berpanjangan tanpa henti
hi doktor , anak saya umur 1 tahun 4 bulan . dia batuk dah 5 hari . sebelum ni batuk berkahak . tapi nafas tak berbunyi . sekarang ini dia tidur tidak lena dan menagis dan batuk . dan saya rasa batuk dia makin teruk disebabkan menagis . mungkin tekak dia perit . minum susu pun taknak . minum air pun kena paksa . saya ada jumpa doctor tapi doctor bagi ubat batuk , ubat kahak , ubat titik dalam mulut dan jugak antibiotik . tapi saya cuma bagi ubat titik mulut sahaja . perlu ke saya bagi dia makan ais krim atau pegi jumpa doktor semula .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda perlu untuk berjumpa dengan doktor unutk mendapatkan diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.