
cheqna28
5 tahun
Batuk kering, hilang selera makan, susah tidur waktu malam, tidak boleh tidur mendatar hanya boleh tidur secara menegak, sukar untuk bernafas
Saya wanita berumur 54tahun sebagai seorang surirumah, saya menghidap penyakit ini lebih kurang 5 bulan lepas… Saya sering batuk kering dan sukar untuk bernafas kadang kala memerlukan bantuan oksigen… Saya juga hilang selera makan dan berat badan berkurang sebanyak 5kg… Saya juga mengalami keadaan di mana saya tidak boleh tidur secara mendatar, saya memerlukan bantal yg banyak untuk menampung kepala… jika saya tidur secara mendatar, saya akan mengalami sesak nafas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kegagalan jantung (congestive heart failure)
- COPD
- Kecederaan/kegagalan buah pinggang
- https://www.doctoroncall.com.my/soalan/jangkitan-kuman-di-paru-paru seperti TB
- Kanser paru -paru
- Penyakit hati
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.