
rajeunifiq002916
2 tahun
Batuk kering lebih dua minggu
saya dah batuk lebih 2 minggu…sebelum ni saya cuma pergi klinik berkenaan masalah saya ni.dah bermacam-macam jenis ubat batuk saya cuba.tapi tak berkesan.selepas 2 minggu saya pergi ke hospital untuk periksa masalah kesihatan saya.selepas ambil x-ray,saya didapati menghidap tibi,dan doktor menyuruh untuk hantar sample kahak selama 3 hari…appointment seterusnya agak lewat bulan hadapan…pertanyaan saya,bolekah saya membeli sendiri akurit 4 di farmasi tanpa surat sokongan doktor??..bolekah saya sendiri makan akurit 4 sementara menunggu apointment seterusnya.?sebab saya dah tak tahan sakit dada…sebab batuk terlalu teruk dan lama…ni batuk dah kurang,dada sakit…bila saya makan akurit 4 ni rasa lega…dah bole tidur nyenyak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Tibi merupakan satu penyakit yang berbahaya dan terima kasih kepada penemuan ubat seperti akurit-4, penyakit tibi sekarang boleh dirawat . Oleh kerana akurit-4 yang merupakan sebahagian daripada plan rawatan tibi dan akurit-4 mempunyai indikasi dan kesan sampingan tertentu, anda memerlukan preskripsi doktor dan seliaan jangka panjang oleh pakar perubatan sehingga anda disahkan bebas dari tibi.
akurit-4 mengandungi anitbiotik dan anda perlu mengikuti plan rawatan tibi untuk memastikan anda benar-benar bebas dari tibi. Pengambilan akurit-4 pada jangka pendek dan hanya sesekali hanya mematikan sebahagian sahaja daripada kuman tibi. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil ubat di luar saranan doktor untuk mengelakkan kesan sampingan ubat yang serius.