Sulit
3 tahun
Batuk kering, sesak nafas dan sakit perut
Saya lelaki umur 22 dan saya batuk kering, sesak nafas dan sakit perut sejak 3 hari ni, setiap kali jadi saya rasa mcm ada kehak tersangkut di bahgian dada yg susah nk keluar sehingga dlm masa yg sama saya terasa susah nk bernafas jadi jantung berdebar debar dan sakit perut, boleh doktor terangkn tentang masalah saya? Saya jadi tak selesa dan risau akan terjadi sesuatu penyakit yg bahaya untuk diri saya… terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah batuk kering, sesak nafas, dan juga sakit perut sejak 3 hari yang lalu. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Jangkitan kuman pada badan atau darah
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti pneumonia
- Penyakit refluks esofagus.
- Jangkitan virus seperti coronavirus , infectious mononucleosis ataupun influenza
- Penyakit darah yang perlu diketahui lebih lanjut.
Adakah sesak nafas mengganggu aktiviti harian anda? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan punca masalah dengan lebih tepat. Kami juga ingin nasihatkan anda agar untuk mematuhi SOP semasa perjalanan ke hospital, jaga jarak sosial, dan juga memakai topeng muka ketika berada diluar. Kami juga ingin mengingatkan anda untuk menjaga kebersihan diri serta persekitaran anda sebaik yang mungkin.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda. Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.