
aqilahazemi17
5 tahun
Batuk ringan dan berkahak putih selepas sembuh dari demam
Saya berumur 20 tahun dan saya baru sembuh dari demam (36.7 C) adakah normal untuk saya batuk berkahak sekarang tetapi hanya kadang kadang. Dan adakah symptoms untuk covid-19 adalah batuk kering atau batuk berkahak? Mohon prncerahan dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Ia adalah normal untuk sistem pernafasan anda sembuh lebih lewat daripada demam anda. Sistem pernafasan anda akan mengambil masa untuk menghilangkan kahak anda.
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini