
Sulit
4 tahun
Batuk secara tiba-tiba
Hai doktor…sy wanita berumur 34 tahun…sy ada alergk makan dan habuk… sy ada makan ubat alergik prednisolone & chiopheniramine maleate sebelum ni tak ada masalah alergik sy akan sembuh seperti sedia kala tetapi hari ini sy selepas sy makan ubat tersebut jadi batuk secara tib-tiba menjadi sukar untuk tidur…adakah sy alergik pd ubat tersebut?? Sy juga risau dengan penyakit covid disebabkan tiba-tiba sy gejala mengalami batuk hari nini…

4 tahun
Salam sejahtera
Masalah batuk boleh berpunca daripada:
- Radang tonsil
- Jangkitan kuman atau virus padak tekak
- Trauma pada tekak
- Jangkitan paru-paru
Disamping itu, berikut merupakan gejala lazim yang dilporkan dalam individu yang terkena jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.