
Sulit
2 tahun
Batuk sehingga sakit terasa dipinggang
Hi Dr., ayah saya mengalami masalah kesihatan iaitu demam dan disertai batuk dan bersin yang mbuat beliau sakit dipinggang ketika batuk sehingga beliau cuba menahan batuk kerana tidak tahan sakit tersebut. Bagaimana saya boleh bantu beliau, kerana beliau tidak mahu ke hospital. Untuk pengetahuan Dr, ayah saya berusia 60 tahun, tinggi 168cm dan berat 85kg. Beliau juga merupakan penghidap kanser lymphoma stage 4,mempunyai darah tinggi dan kencing manis (mengambil suntikan insulin), kolestrol di jantung juga tinggi. Saya buntu Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang yang menjalar tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Masalah pada usus
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.