Sulit
3 tahun
Batuk sudah hampir dua minggu,tiada demam dan selesema,
Saya batuk sudah hampir satu minggu,dan kadangkala terasa seperti sukar bernafas. Saya tidak demam dan tidak mengalami selesema. Saya juga sudah buat pemeriksaan dan diberikan antibiotik…dan sekarang saya mengambil augmentin…gejala seperti sukar bernafas sudah berkurangan tetaoi batuk masih lagi ada. Boleh bantu saya apakah ubat yg sesuai dengan saya.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.