
Sulit
3 tahun
Batuk tanpa henti & gatal tekak selepas makan panadol
saya wanita berumir 19 tahun. setiap kali saya makan panadol, saya akan batuk tanpa henti sehingga beberapa hari Dan tekak saya berasa gatal.saya sudah minum air sebanyak mungkin untuk menghilangkan batuk tapi tidak berkesan… boleh saya tahu sebabnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah batuk tanpa henti dan tekak gatal selepas makan panadol. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.