Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk tanpa sebab selepas pulih dari penyakit Tibi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 13, 2020 10:48 AM

ppfwawahasan87 58 hari

Saya merupakan wanita berusia 30an… Saya ingin bertanya, adakah normal untuk seorang pesakit Tibi yang telah sembuh dari penyakit ini dan selesai rawatan selama 6 bulan tetapi menghidap batuk berpanjangan apabila di “trigger”

Maksud saya, sebelum saya tahu saya menghidap TB, saya tiada sebarang simptom seperti demam atau batuk. Tetapi saya mendapat tahu selepas membuat ujian Sputum

Tetapi selepas saya negatif dari Kuman tibi, saya menghidap batuk tanpa henti sehingga hampir mendapat asma. Namun ia pulih semula. Namun, saya tidak boleh terbatuk akibat terhidu pedas lada atau tersedak air. Saya akan terus terbatuk dan berkahak tanpa henti. Ini amat merisaukan saya kerana saya langsung tidak boleh terbatuk langsung

Boleh lah doktor terangkan atau ceritakan jika pernah ada orang lain yang mengalami situasi yang sama?

Dr Sashini Seeni 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti hasil xray anda selepas discaj dari hospital. Hal ini kerana jangkitan TB boleh mengakibatkan parut pada paru-paru dan mengganggu sistem pernafasan anda. Batuk semasa menghidu sesuatu yang pedas atau tersedak air ialah reaksi yang normal.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 13 2020 10:48:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Batuk berpanjangan hampir 2 bulan / pesakit darah tinggi / salam sejahtera, nama saya audrey john. saya nak bertanya bagi pihak ayah saya seorang pesakit darah tinggi dan dia diprescribe ubat APO-HYDRO HYDROCHLOROTHIAZIDE TABLETS USP 25MG (APOTEX INC.).… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Batuk sudah hampir dua minggu,tiada demam dan selesema, Saya batuk sudah hampir satu minggu,dan kadangkala terasa seperti sukar bernafas. Saya tidak demam dan tidak mengalami selesema. Saya juga sudah buat pemeriksaan dan diberikan antibiotik…dan se… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Berat turun secara mendadak and batuk berpanjangan selama 2 bulan Saya lelaki dalam umur 30an telah mengalami masalah batuk berkahak dan cirit birit dari awal bulan march. Berpunca Baca lagi...
56 hari
Sulit
Gatal kerongkong yang menyebabkan batuk2. Apabila batuk, nafas menjadi tidak teratur Serta degupan jantung menjadi laju semasa batuk Salam and hi. Saya wanita lingkungan 20 tahun, saya mengalami batuk-batuk Dan kadangkala jantung saya menjadi laju setiap Kali Batuk. Setiap Kali Batuk juga, kerongkong saya akan gatal Dan menye… Baca lagi...
45 hari
Sulit
Batuk berkahak dan gatal tekak Saya perempuan berumur 27 tahun. Mengalami batuk berkahak more than 2 week. Currently getting better but still batuk berkahak. So should i go to clinic as per recommended by my company? Baca lagi...
57 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi