Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk teruk setiap kali menghisap rokok

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 28, 2021 9:33 PM

Sulit 3 bulan

Hi doc, saya penghisap rokok. A heavy smoker. Saya selalu hisap rokok dengan gula gula di dalam mulut. Kalau takde gula gula or apa apa di dalam mulut ketika merokok, saya akan batuk teruk. Kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah batuk, seperti:

  • Refleks kerana terdapat bendasing atau bahan yang menyebabkan iritasi kepada saluran pernafasan seperti asap rokok
  • Perubahan terhadap sel-sel di dalam saluran pernafasan
  • Terdapat kahak di dalam saluran pernafasan yang boleh menyebabkan batuk

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya keadaan batuk anda berlanjutan. Selain itu, kami sarankan anda untuk mengurangkan kekerapan merokok dan seterusnya berhenti kerana komplikasi masa panjang merokok boleh membahayakan kesihatan.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 28 2021 21:33:55 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Respiratori tentang batuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19